Wednesday 4 July 2012

[ saya kerja cleaner je ]

Assalamualaikum


Blog baru harap bersih dari segala benda buruk.


Mari sini Miza nk cerita satu benda. Tadi dok belek-belek Pesbuk pastu nampak kawan Miza buat status pasal Cleaner. Serta merta pikiran melayang. Teringat nostalgia lama gitu. Miza dulu sebelum sambung belajar Miza pernah kerja jadi Cleaner tahu. Hehe tapi dapat bertahan sebulan jelah. Masa tu tahun 2006 lepas SPM 2005. Saja gatal-gatal nak kerja jadi Miza pun dengan selamba kerja jadi Cleaner kat Jabatan Ekonomi (kalau tak silap) kat Putrajaya. Gaji yg Miza dapat tak seberapa langsung tapi masa tu kan tahun 2006 tak kisah sangat duit banyak mana (anggaran dalam RM450 sebulan) tp duit tu Miza siap kasi kat Mak Abah Miza lg tahu dan siap shopping barang bukan-bukan. Hebat kan?

Orang semua cakap kerja jadi Cleaner tu senang je dan tak memenatkan tapi sebenarnya kan kerja tu teramatlah penat kawan-kawan. Bayangkan kita kena handle 2 floor yg ada dua tiga ribu department seorang diri. Kalau bernasib baik dapatlah kawan yg boleh bantu kita handle floor tu.

Ape yg kita kena handle selaku Cleaner? eceh soalan :) Kerja dia bukan senang mana. Kena pastikan tandas setiap floor bersih, tisu tandas tak boleh tak ada dalam setiap toilet sebab nanti pekerja-pekerja office akan mula bising. Lepas tu kena pastikan cermin berkilat, sinki tak tersumbat, lantai tak boleh ada air, jangan ada satu habuk pun dalam toilet tu. perhhh toilet rumah sendiri pun seminggu berapa kali je cuci ni kan pulak kena cuci toilet hari-hari. Penatnya hanya para cleaner sahaja yg tahu.

Paling perit bila kena masuk department untuk pastikan department tu bersih. Ok tu bukan semua orang boleh buat. Kena tebalkan muka ku yg comel ni masuk ke department-department tersebut hanya untuk pastikan department tu bersih. Kadang-kadang ada yg sengaja tumpahkan air kat karpet dan ada yg saja sepahkan ubat stapler dan serpihan-serpihan kertas yg ditebuk bulat-bulat tu ke lantai. Kerja kt department penat sangat. Kena gosok setiap meja, telefon, cermin, ambil sampah-sampah tak kiralah penuh ke tak penuh ke setiap 3 jam. Tebal sangat dah muka Miza ni kawan-kawan. Dalam otak pikir janji halal rezeki beta. Hehe.

Masuk bilik bos ambil sampah dan lap-lap meja bos memang perkara yg menakutkan. Sebab bilik dia biasanya tak pernah tak pernah tak ada orang. Pangkat semua dah la Dato' Dato'. Den pulak cuma Cleaner yg tak ada taraf dengan mereka (eh ape kes melalut?) haha.

Apa-apa pun ni lah pengalaman Miza dulu berkerja sebagai seorang Cleaner. Miza tak kisah tak ada standard pun kerja tu janji halal. Sekarang Miza sedang berusaha menghabiskan pengajian Miza dalam Bachelor of Aviation Management. Eh jangan ingat Cleaner macam Miza ni tak ada pendidikan ok. Miza kerja untuk suka-suka sahaja. Nak merasa hidup macam tu. Kalau tak rasa mana nak tahu kan?

macam ni lah keadaan kalau takde cleaner kan -.-''

Ok macam mana pulak dengan kawan-kawan? Pernah kerja tak lepas habis SPM? Kalau pernah jom lah share dengan Miza kalau tak keberatan :)

No comments:

Post a Comment